Wednesday, February 18, 2009

MAJLIS KESYUKURAN

Saya HAJI ISMAIL BIN OTHMAN Sekeluarga dengan penuh hormat dan takzim, menjemput dan mempersilakan semua sahabat Tingkatan Enam sekeluarga ke rumah saya pada 14 MAC 2009 (Sabtu), jam 3.00 petang di alamat No 9 Lorong 2, Taman Berlian, Sg Petani, Kedah kerana mengadakan sedikit KENDURI KESYUKURAN.......

Tuesday, February 17, 2009

SAHABAT LAMA BERTEMU

Setelah hampir 26 tahun meninggalkan SM Tuanku Abdul Malik, Alor Setar (SMTAM) akhirnya sahabat-shabat lama dalam Tingkatan Enam 1983 bertemu muka dalam suasana riang dan berwajah baru.........


Kelihatan Pak Ya (botak), Amran, Rashid Hassan (terlindung), Zinon dan Zainol sedang berbincang sesuatu. Semua mereka adalah CIKGU.

Monday, February 2, 2009

PERJUMPAAN SEMULA WARGA FORM SIX 1983-1984

Gambar Kenangan di rumah Haji Che Hassan Mat Isa, Mergong Alor Setar.


Pada 27 Januari 2009 telah diadakan satu perjumpaan semula bekas-bekas pelajar Tingkatan Enam SMTAM (1983-84) di rumah Haji Hassan Mat Isa, di KM 4, Mergong Alor Setar, Kedah. Perjumpaan ini adalah atas inisiatif Haji Hassan sendiri. Beliau kini bertugas sebagai Pengurus Cawangan KWSP Alor Setar, Kedah.

Seramai 17 rakan-rakan lama hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Maklumlah dah hampir 26 tahun meninggal alam pesekolahan. Semuanya kini berusia antara 44-45 tahun. Sudah beranak pinak dan mempunyai pelbagai pekerjaan..............

Perjumpaan akan datang pada 14 MAC 2009 (Sabtu), jam 5.00 petang di rumah Haji Ismail Othman, No. 9 Lorong 2, Taman Berlian, Sungai Petani, Kedah. Tolong war-warkan kepada semua sahabat.


Ends...

Sunday, February 1, 2009

SEJARAH FORM SIX 1983-1984



































Terlalu banyak kenangan yang hendak diungkapkan ketika menjadi pelajar Sek Men Tuanku Abdul Malik (SMTAM), Alor Merah sejak 1983-1984. Ketika itu ramai sahabat sekelas dan kelas-kelas lain bersatu hati dalam meneruskan perjuangan sebagai pelajar.

Untuk edisi yang pertama ini, saya tidak mahu mengungkap kembali sejarah lama itu. Cuma cukup sekadar saya paparkan gambar-gambar lama untuk kenangan rakan-rakan semua.

Jika rakan-rakan ada cerita dan berita serta perkembangan terkini, bolehlah email kepada saya untuk saya muatkan dalam blog ini..........hjismail65@gmail.com


Ends.......